Site icon TechNave BM

WhatsApp untuk komputer bakal ada fungsi panggilan dan panggilan video!

Sebelum WhatsApp mengeluarkan apa-apa kemas kini atau fungsi baharu, biasanya terdapat sumber yang bakal mendedahkannya terlebih dahulu. WhatsApp kini dilapor bakal mengeluarkan fungsi panggilan video berkumpulan untuk aplikasi WhatsApp di komputer.

Menurut sumber, fungsi panggilan video berkumpulan sudah sememangnya ada, tetapi hanya pada aplikasi di telefon pintar sahaja. Jika fungsi panggilan video berkumpulan ini hadir untuk WhatsApp di komputer, pengguna dapat menggunakannya untuk konferens video, mesyuarat dalam talian dan sebagainya.

Fungsi ini dilapor sedang diuji dan membenarkan pengguna membuat panggilan VoIP, serta panggilan video. Setelah fungsi ini hadir, WhatsApp mungkin bakal menjadi pesaing aplikasi panggilan video lain seperti Zoom.

Kongsikan pendapat anda mengenai perkara ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Techradar

Exit mobile version