Site icon TechNave BM

WhatsApp untuk komputer kini boleh guna fungsi panggilan video dan audio

Dalam masa beberapa minggu ini, kita akan dapat menggunakan ciri-ciri WhatsApp yang baharu. Antaranya adalah panggilan video dan audio melalui WhatsApp Web atau WhatsApp di komputer.

Menurut sumber, panggilan video dan audio WhatsApp untuk komputer boleh digunakan dalam mana-mana pemandangan, menegak atau mendatar. Setakat ini, panggilan video dan audio hanya terhad dari seorang pengguna kepada seorang pengguna. Namun, WhatsApp akan menaik taraf ciri ini kemudian untuk panggilan video dan audio berkumpulan.

Untuk pengetahuan anda, panggilan di WhatsApp untuk komputer adalah berasaskan penyulitan hujung ke hujung. Jadi, ianya selamat dan dilindungi.

Fungsi panggilan video dan audio untuk WhatsApp di komputer ini sudah mula boleh digunakan, tetapi dalam bentuk Beta. Jika anda masih belum dapat fungsi ini, kami sarankan anda untuk bersabar kerana menurut sumber, WhatsApp bakal mengeluarkan fungsi ini untuk orang awam pada minggu-minggu yang akan datang.

Kongsi pengalaman di laman Facebook kami jika anda sudah dapat menggunakannya dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Wabetainfo

Exit mobile version