Site icon TechNave BM

WHO bakal tubuhkan aplikasi untuk maklumat dan pemeriksaan kendiri simptom COVID-19

Demi memastikan penyebaran maklumat rasmi dan sahih mengenai COVID-19 kepada semua, pelbagai organisasi telah turut serta dalam mengusahakan langkah proaktif. Terdahulu, World Health Organization (WHO) telah mewujudkan usaha bagi menyebarkan maklumat melalui WhatsApp. WHO kini tampil merancang untuk menubuhkan satu aplikasi rasmi, bagi memastikan maklumat mengenai COVID-19 dapat disampaikan.

Aplikasi ini dikatakan bakal dikenali sebagai WHO MyHealth yang direka oleh beberapa sukarelawan bekas pekerja Google dan Microsoft. Turut serta adalah konsultan dan pakar WHO. Sumber melaporkan ia bakal dikeluarkan pada App Store dan Google Play Store pada 30 Mac 2020.

Apa yang menariknya, aplikasi ini bukan sahaja memberi maklumat sahih, tetapi menyediakan pemeriksaan kendiri untuk memeriksa simptom pengguna. Data lokasi pengguna juga bakal digunakan untuk menentukan sama ada pengguna mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang telah disahkan positif.

Sementara kita menunggu kewujudan aplikasi ini, anda boleh merujuk kepada beberapa inisiatif untuk maklumat COVID-19 rasmi seperti di bawah:

Nantikan berita teknologi terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber

Exit mobile version