Site icon TechNave BM

WHO sertai TikTok untuk banteras penyebaran maklumat palsu tentang COVID-19

Pelbagai maklumat salah tentang COVID-19 sekarang menular di internet. Dalam usaha untuk menangani masalah ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini telah mencipta sebuah akaun dalam media sosial TikTok dalam usaha terbaru untuk membanteras penyebaran maklumat palsu dan memaklumkan kepada pihak awam tentang maklumat yang sahih.

Dalam video pertamanya, Benedetta Allerganzi, ketua teknikal bahagian pengawalan dan pencegahan penyakit, menjelaskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh orang awam untuk melindungi diri mereka daripada koronavirus dan menasihatkan penonton agar melawat laman web WHO untuk lebih banyak maklumat lanjut.

Selain menangani penyebaran wabak tersebut, WHO dan Pusat Pencegahan & Pengawalan Penyakit (CDC) terpaksa berkerah tenaga untuk melawan penularan maklumat palsu yang dikaitkan dengan COVID-19 di Facebook, Twitter dan TikTok.

Anda sendiri mungkin sudah pun nampak notifikasi daripada WHO semasa anda melayari internet atau media sosial. Sebagai contoh, maklumat daripada WHO akan muncul dalam senarai teratas jika anda menaip tentang koronavirus dalam Google, pengguna Facebook akan mendapat mesej menggalakkan mereka untuk melawat laman web kerajaan untuk maklumat terkini tentang virus tersebut dan di YouTube pula, sebuah mesej daripada WHO akan terpapar di bawah pemain video sebaik sahaja anda menonton sebarang video tentang COVID-19.

Contoh mesej WHO di YouTube.

Adakah anda merasakan cara WHO untuk melawan penularan berita palsu ini berkesan? Kongsi komen anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi.

Sumber: The Verge

Exit mobile version