Widget skrin kunci iOS 16 Google kini disediakan secara rasmi. Gmail akan menunjukkan kiraan mesej baharu anda manakala Peta (Maps) akan menyediakan pautan ke perjalanan kegemaran atau mencari destinasi seperti restoran.
Widget untuk Chrome dan aplikasi Google akan membantu anda memulakan carian web, mengeluarkan arahan suara atau melancarkan ciri seperti terjemahan Lens dan game Dino Chrome. Widget lain termasuk Google News boleh memaparkan tajuk berita terkini manakala Drive menyediakan akses yang lebih pantas kepada fail awan yang dicadangkan.
Ia juga lebih mudah untuk mendengar YouTube Music kerana anda boleh memulakan senarai main dengan cepat apabila anda keluar untuk berjalan-jalan. YouTube dan YouTube Music juga mempunyai widget skrin utama untuk anda imbas langganan video YouTube anda dengan pantas atau mencari lagu YouTube Music.
Penggunaan ciri widget ini cukup membantu anda menjimatkan masa daripada mentala untuk mencari aplikasi yang ingin digunakan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Engadget

