Site icon TechNave BM

Wikipedia mungkin tidak akan menyediakan maklumat secara percuma lagi

Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia awam yang terkenal dalam internet kerana netizen boleh mengakses laman web tersebut secara percuma. Syarikat teknologi besar seperti Google dan Apple juga telah menggunakan Wikipedia secara percuma dengan menawarkan kandungan daripada Wikipedia kepada pengguna jika mereka cuba mencari maklumat melalui enjin carian Google atau Siri.

Kini, Wikipedia mungkin tidak akan lagi menyediakan perkhidmatan percuma kepada syarikat-syarikat besar ini dan akan mula mengenakan cas kepada mereka. Wikipedia telah melancarkan Wikimedia Enterprise, sebuah syarikat yang bertujuan menguruskan jual beli untuk kandungan Wikipedia di antara syarikat-syarikat teknologi besar.

Pihak Wikipedia sudah pun memulakan rundingan dengan syarikat-syarikat berkenaan dan sebarang transaksi mungkin akan bermula seawal bulan Jun. Buat pengguna individu biasa pula, kandungan Wikipedia masih boleh diakses seperti biasa tanpa sebarang bayaran.

Sebelum ini, Wikipedia mengharapkan syarikat teknologi besar seperti Google untuk membina reputasi mereka, dan mereka akan menyediakan maklumat kepada Google. Hubungan simbiosis ini mungkin akan berubah dengan penubuhan Wikimedia Enterprise.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WIRED

Exit mobile version