Site icon TechNave BM

Wiko 10 dilancar di Malaysia: Skrin 6.74″, bateri 5,000mAh, cas pantas 22.5W berharga RM699

Pada hari ini, Wiko Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan terbaru iaitu Wiko 10. Untuk sebuah telefon dalam kategori ini, ia menampilkan skrin yang agak besar dan kadar pengecasan yang agak pantas.

Ia mempunyai skrin LCD berukuran 6.745 inci dengan resolusi HD+ (720×1600) dan kadar segar semula 60Hz. Skrin ini adalah lebih besar berbanding telefon kelas permulaan lain, serta beberapa telefon kelas pertengahan.

Seperti kebanyakan telefon kelas permulaan, Wiko 10 mempunyai bateri besar yang berkapasiti 5,000mAh dan pasti boleh bertahan selama sehari. Apa yang menarik untuk telefon ini adalah baterinya menyokong kadar pengecasan WIKO SuperCharge 22.5W yang agak pantas untuk telefon kategori ini.

Di belakang pula, ia mempunyai tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 8MP. Ia menyokong rakaman video sehingga 1080p dan pelbagai mod fotografi yang standard.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Wiko 10:

Layari laman web WIKO Malaysia untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Wiko 10 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version