Site icon TechNave BM

WIKO Buds 10 dilancar di Malaysia: Kualiti audio yang baik dan hayat 30 jam pada RM129

Baru-baru ini, WIKO Malaysia telah melancarkan sepasang fon telinga mampu milik dengan nama WIKO Buds 10. Kini, WIKO mengumumkan bahawa Buds 10 boleh didapati di kedai rasmi WIKO di Shopee pada harga RM129 sahaja.

WIKO Buds 10 menawarkan kualiti bunyi yang baik dengan sokongan pemacu super dinamik 12mm bersalut aluminium tembaga untuk menghasilkan kualiti audio yang menarik untuk getaran muzik yang lama. 

Ia boleh bertahan sehingga 30 jam jika digabungkan dengan bateri dalam bekasnya, manakala fon telinga sahaja boleh memainkan audio selama 6 jam dengan sekali cas untuk pencinta muzik atau tontonan video. Buds 10 adalah ringan pada 4.2g setiap sisi untuk keselesaan semasa memakainya.

Bagi yang berminat, anda boleh mengikuti perkembangan terkini dengan promosi dan spesifikasi produk terkini di halaman Facebook rasmi WIKO Malaysia dan laman web rasmi WIKO.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version