Selepas beberapa siri pengacah dikeluarkan, WIKO sekali lagi memasarkan telefonnya di Malaysia dengan siri T iaitu T50 ialah peranti segmen pertengahan 6.6 inci yang menampilkan tiga kamera dan pengecasan pantas 40W manakala T10 adalah telefon pintar segmen permulaan dengan bateri dan storan yang besar.
Dikuasakan oleh cipset Mediatek Helio G85, WIKO T50 dilengkapi RAM 6GB, storan 128GB, paparan 6.6 inci beresolusi FHD+ dengan nisbah bidang 20:9 dan penyegaran semula 60Hz, bezel skrin sangat nipis berbanding bahagian atas dan tepi bawah hanya berukuran 1.1mm dan 3.5mm menjadikan peranti ini hampir semua skrin pada bahagian hadapannya dan ia merupakan satu-satunya telefon dalam kelasnya yang menawarkan paparan sedemikian.
WIKO T50 menggunakan susunan tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 64MP, ultralebar 8MP dan makro 2MP. Baterinya berkapasiti 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 40W dan ia tersedia dalam dua warna iaitu Aqua Green dan Midnight Black.
Sebagai peranti peringkat permulaan, WIKO T10 hadir dengan memori 64GB yang boleh dikembangkan dan bateri 5,000mAh boleh berfungsi sebagai pengecasan berbalik pada peranti lain. Ia mempunyai cipset Mediatek Helio A22, RAM 2GB, paparan HD+ 6.5 inci, kamera utama 13MP dan kamera swafoto 5MP.
Disebabkan perkakasannya yang lebih rendah, WIKO T10 beroperasi pada Android 11 Go yang pada asasnya merupakan Android versi ringan dibuat untuk telefon pintar peringkat permulaan. WIKO T10 akan tersedia dalam warna hitam dan hijau.
WIKO T50 dan T10 tersedia untuk jualan bermula 5 Ogos 2022 di mana pelanggan boleh membelinya di kedai Shopee rasmi WIKO Malaysia dan penjual semula sah di seluruh negara. WIKO T50 dan T10 akan dijual pada harga RM899 dan RM429.
Untuk meraikan pelancaran, pelanggan akan menerima fon kepala percuma apabila mereka membeli WIKO T50 dan bagi mereka yang ingin membeli WIKO T10, ia akan dijual pada harga RM369 semasa festival jualan 8.8 di kedai Shopee rasmi WIKO Malaysia.
Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

