Site icon TechNave BM

Wiko Y62 rasmi di Malaysia: Skrin 6.1 inci HD+, Android 11 Go berharga RM299

Melalui siaran di laman Facebook rasmi Wiko Malaysia, Wiko kini mengumumkan kehadiran rasmi peranti baharu Wiko Y62 di pasaran. Peranti kelas permulaan ini ditawarkan dengan harga hanya RM299 di pasaran.

Menurut Wiko, peranti baru ini memiliki bateri 3000mAh yang mampu bertahan sehingga 1.5 hari penggunaan dalam satu kali pengecasan. Ia juga memiliki teknologi AI yang membantu menjimatkan bateri. Wiko Y62 juga memiliki paparan berukuran 6.1 inci dalam resolusi HD+.

Berikut adalah spesifikasi asas Wiko Y62:

Wiko Y62 ditawarkan dalam pilihan warna Dark Blue, Light Blue dan Mint pada harga RM299. Anda boleh menyemak maklumat lanjut mengenai peranti di laman rasmi Wiko.

Adakah anda berminat dengan peranti kelas permulaan ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Wiko

Exit mobile version