Site icon TechNave BM

Winamp mengacah aplikasi yang dikemaskini sepenuhnya, menjemput penguji beta awam

Nampaknya salah satu pemain muzik paling popular pada zaman dahulu akan membuat kemunculan semula. Winamp dengan wajah baharu menjanjikan pengalaman mendengar lagu dengan lebih baik dan bukan hanya menjadi tempat untuk mendengar lagu sahaja, malah lebih daripada itu.

Ia menyasarkan untuk membawa pengalaman yang menarik ketika mendengar muzik secara dalam atau luar talian. Laman web dengan logo Winamp baharu memiliki reka bentuk moden dan memberi peluang untuk peminat berhubung dengan artis. Aplikasi ini juga akan membenarkan pengguna menstrim radio dan podcast secara dalam talian.

Winamp berusaha untuk cuba menghubungkan rangkaian sosial yang berpusatkan muzik. Sekiranya anda mendapati konsep itu menarik, anda boleh mendaftar untuk menjadi penguji beta dan apa yang diperlukan ialah nama dan alamat e-mel anda.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mengujinya ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: techradar

Exit mobile version