Site icon TechNave BM

Windows 11 dilancar : Microsoft Store baharu, ciri Snap dan antara muka lebih kemas

Terbaru, Microsoft telah melancarkan perisian komputer terbaru mereka iaitu Windows 11. Perisian baru ini hadir dengan reka bentuk yang lebih kemas dan segar disamping menawarkan ciri-ciri baru yang memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Windows 11 hadir dengan antara muka serba baharu yang memudahkan pengguna untuk mencari apa sahaja dengan lebih mudah. Pengguna hanya perlu menekan pada butang Start di tengah skrin dan ia terus memaparkan fail yang telah digunakan oleh mereka sebelum ini merentasi pelbagai platform dan peranti (walaupun dokumen yang digunakan pada peranti Android atau iOS).

Antara muka yang lebih kemas

Selain itu, terdapat juga ciri baru iaitu Snap Layouts, Snap Groups dan Desktops. Ciri Snap ini membantu pengguna menyusan tetingkap mereka dan mengoptimumkan ruangan dalam skrin. Dengan ciri Desktops, pengguna dapat menyesuaikan ruangan bagi setiap aspek kehidupan mereka seperti kerja, permainan atau sekolah dan boleh bertukar ganti mengikut kehendak.

Yang menarik, kini terdapat juga ciri Widgets yang membolehkan penggguna mendapatkan maklumat penting dengan lebih pantas. Ciri ini dibawakan oleh teknologi AI serta pelayar Internet Microsoft Edge.

Snap Layouts
Widgets

Windows 11 juga hadir dengan Microsoft Store serba baharu. Ia telah dibina semula dan menawarkan katalog aplikasi pihak ketiga yang lebih luas. Kini, aplikasi Android juga boleh didapati di dalam Microsoft Store.

Microsoft Teams juga telah diintegrasikan ke dalam Taskbar, membolehkan penyambungan terus melalui mesej, pembualan atau video antara platform Windows, Android atau iOS.

Microsoft Store baharu
Microsoft Teams di Taskbar

Selain itu, Windows 11 juga dilengkapi beberapa ciri yang dapat menambahkan pengalaman gaming pengguna. Antaranya adalah DirectX 12 Ultimate yang menambah baik kualiti grafik pada kadar bingkai yang tinggi, DirectStorage yang memendekkan masa loading dan Auto HDR yang memberikan pengalaman penglihatan yang lebih baik.

Perisian Windows 11 ini boleh dinaik taraf secara percuma bagi komputer Windows 10 yang layak bermula hujung tahun ini.

Adakah anda meminati perisian terbaru dari Windows ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version