Site icon TechNave BM

Windows 11 timbulkan masalah dalam komputer yang dilengkapi pemproses AMD Ryzen

Syarikat semikonduktor AMD melaporkan bahawa beberapa komputer yang dilengkapi cipset AMD Ryzen mungkin akan mengalami sedikit masalah apabila ia dikemas kini dengan sistem operasi Windows 11, di mana prestasi komputer tersebut boleh jatuh sehingga 15 peratus.

AMD dan Microsoft mengatakan penurunan prestasi itu disebabkan oleh dua punca, salah satunya adalah peningkatan L3 cache latency sebanyak tiga kali ganda yang boleh menurunkan prestasi sebanyak tiga ke lima peratus untuk kebanyakan aplikasi dan 10 ke 15 peratus dalam game e-sukan.

Kedua, Windows 11 mempunyai kesukaran dengan teknologi AMD “preferred core” UEFI CPPC2 yang bertujuan memindahkan bebanan thread kepada teras CPU yang terpantas dalam cipset. Oleh yang demikian, AMD mengatakan pengguna akan mengalami penurunan prestasi yang ketara untuk perisian yang banyak menggunakan CPU, terutamanya dalam pemproses yang mempunyai lapan teras dan thermal design power (TDP) 65W.

AMD dan Microsoft kini sedang berusaha menyelesaikan masalah di atas. Buat masa ini, pengguna cipset AMD mungkin perlu kekal dahulu dengan Windows 10.

Beritahu kami di Facebook jika anda menggunakan komputer dengan cipset AMD dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: AMD

Exit mobile version