X baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan data awam dan pengguna platform X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) dalam melatih pembantu berasaskan kecerdasan buatan bernama Grok AI.
Dengan langkah ini, Grok dijangka dapat menawarkan input dan maklum balas yang lebih terkini yang berasaskan trend kepada pengguna. Walau bagaimanapun, ini mungkin tidak selesa untuk ramai pengguna.
Untuk tujuan ini, X menyediakan pilihan khas untuk membolehkan pengguna memilih untuk tidak menggunakan data mereka dalam latihan Grok A. Bagi anda yang menggunakan X, anda boleh pergi ke menu dan kemudian pilih Tetapan dan Privasi > Privasi & Keselamatan > Grok.
Di samping itu, jika anda menggunakan Grok secara aktif, anda juga boleh memadamkan sejarah perbualan anda dengan Grok melalui halaman yang berkaitan. Teruskan bersama kami untuk mengetahui langkah lanjut mengenai kecerdasan buatan yang X sedang hasilkan.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: X

