Site icon TechNave BM

X bakal lancarkan panggilan audio, video secara rasmi pada platform

Platform media sosial X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, melancarkan versi awal panggilan video dan audio untuk sesetengah pengguna. Musk menyifatkan pemberitahuan pada platform yang mengarahkan pengguna untuk mendayakan ciri itu sebagai “Versi awal panggilan video dan audio pada X”.

Ciri ini akan membolehkan pengguna X memilih untuk menerima kedua-dua panggilan audio dan video daripada pengguna disahkan yang lain atau daripada orang yang mereka ikuti bergantung pada pilihan mereka.

Selepas menjenamakan semula Twitter sebagai X, Musk memberi isyarat bahawa dia akan menukar platform itu menjadi aplikasi super (super app) yang menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada pemesejan dan rangkaian sosial kepada kaedah pembayaran.

Mengacah ciri itu pada bulan Mei lalu, Musk berkata pengguna tidak memerlukan nombor telefon untuk ciri tersebut yang akan tersedia pada iOS, Android dan komputer peribadi (PC). Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version