Site icon TechNave BM

X beri tanda biru kepada akaun dengan jumlah pengikut premium yang tinggi

Sebelum ini, anda perlu melanggan pelan Premium untuk mendapatkan tanda biru (pengesahan) pada profil akaun anda. Namun kini, X secara mengejut telah memberikan tanda biru kepada akaun-akaun yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi untuk akaun yang telah disahkan (tanda biru).

Langganan percuma Premium ini akan diberikan kepada akaun yang mempunyai pengikut yang disahkan seramai 2,500. Tambahan, untuk mendapatkan langgan Premium+ secara percuma, sesebuah akaun perlu mempunyai 5,000 jumlah pengikut yang disahkan.

Sebelum pengambilalihan Musk, simbol yang disahkan pada platform Twitter biasanya digunakan untuk selebriti, ahli politik, wartawan dan orang lain di mata umum. Selepas platform melancarkan pengesahan berbayar, ia menjadi label yang boleh diperoleh sesiapa sahaja bersama dengan pembelian keahlian Premium.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version