Site icon TechNave BM

X Money akan dilancar sebagai fungsi e-dompet dalam aplikasi X

Platform media sosial X (dulu dikenali sebagai Twitter) bakal memperkenalkan fungsi khas yang membenarkan para pengguna untuk membuat pembayaran, digelar X Money. Menurut CEO X Linda Yaccarino, X telah bekerjasama dengan syarikat kad debit/kredit Visa untuk menawarkan fungsi X Money Account buat para pengguna.

Dengan kerjasama ini, pengguna boleh menambah nilai dalam e-dompet X Wallet melalui Visa Direct, pautkan kad debit untuk pembayaran P2P (peer-to-peer), serta memindahkan wang kepada akaun bank.

Beliau berkata X Money akan dilancar pada tahun ini, namun tarikh spesifiknya masih belum diketahui. Para pengguna X boleh jangkakan lebih banyak pengumuman mengenai X Money sepanjang tahun ini.

Ini adalah sebahagian daripada wawasan Elon Musk untuk menjadikan X sebagai aplikasi pelbagai fungsi, bukan sekadar platform media sosial sahaja. Beliau ingin X bertindak seperti WeChat di China yang menyediakan perkhidmatan permesejan, media sosial, pembayaran dan banyak lagi dalam satu aplikasi sahaja.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan X Money dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version