Site icon TechNave BM

Xbox dedahkan spesifikasi penuh untuk Xbox Series X

Selepas pengumumannya pada akhir tahun lepas, Microsoft pada hari ini mengeluarkan spesifikasi penuh untuk konsol permainan videonya yang akan dikeluarkan lewat tahun ini, Xbox series X. Seperti yang telah diumumkan oleh ketua Xbox sebelum ini, konsol itu akan dilengkapi 12 TFLOPS kuasa kiraan (computing power) GPU, menjadikannya dua kali ganda lebih berkuasa berbanding Xbox One X.

Pemprosesnya pula dikuasai oleh CPU AMD Zen 2 yang mempunyai lapan teras dan GPU RDNA 2-class. Untuk mendemonstrasi kebolehan konsol tersebut, ia mampu memainkan game Gears 5 dalam tetapan Ultra dan mampu mencapai frame rate yang konsisten sehingga 60 FPS.

Selain ciri canggih seperti ray-tracing, video demonstrasi juga menunjukkan ciri lain seperti mesh shading, audio 3D, NVMe SSD 1TB khas, dan yang menarik adalah teknologi Quick Resume. Teknologi ini dilaporkan membolehkan pemain untuk menyambung dan menukar game dengan mudah sewaktu mereka memainkan beberapa game pada masa yang sama.

Xbox Series X juga boleh memainkan game-game Xbox One dan Xbox 360 dengan prestasi yang lebih pantas. Dengan ciri Smart Delivery, pemain hanya perlu membeli sesebuah game sekali sahaja dan boleh dimainkan dalam mana-mana Xbox.

Untuk spesifikasi penuh, anda boleh layari laman web Xbox. Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkan Xbox Series X dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Xbox News

Exit mobile version