Site icon TechNave BM

Xbox PC Game Pass dilancar di Malaysia dengan harga RM5 untuk 3 bulan pertama

Buat gamers Malaysia yang ingin memainkan game Xbox dalam PC, anda kini boleh melanggan kepada Xbox PC Game Pass yang dilancar baru-baru ini. Jika anda adalah pengguna Xbox PC Game Pass yang baru, anda hanya perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM5 untuk tiga bulan pertama.

Buat mereka yang menyertai fasa percubaan Xbox PC Game Pass sebelum ini, anda juga layak untuk menerima promosi RM5 untuk tiga bulan pertama. Anda akan menerima emel daripada Xbox tentang cara untuk mendapatkan promosi ini.

Selepas tempoh tiga bulan tersebut tamat, anda akan dicajkan yuran bulanan sebanyak RM15 sebulan.

Jika anda tidak mengenali perkhidmatan gaming ini, Xbox PC Game Pass adalah sebuah langganan yang membenarkan anda untuk memainkan lebih 100 game PC tanpa had dengan hanya membayar satu yuran bulanan sahaja. Antara game popular dalam langganan ini termasuklah Minecraft, Forza Horizon 5, Age of Empires IV dan banyak lagi.

Selain itu, Xbox PC Game Pass juga kini disertakan dengan langganan EA Play, jadi anda boleh memainkan sebarang game EA yang ditawarkan dalam langganan tersebut.

Layari laman web Xbox PC Game Pass Malaysia untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda akan melanggannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Xbox News

Exit mobile version