Site icon TechNave BM

Xiaomi 11 Lite 5G NE Swarovski Limited Edition dilancar di Malaysia, berharga RM1,399

Jika anda peminat Xiaomi atau Swarovski, anda pasti telah melihat edisi terhad Xiaomi 11 Lite 5G NE dengan loket Swarovski yang harganya bermula RM1,399. Mulai 11 November 2021, rakyat Malaysia boleh mendapatkan set hadiah premium ‘Discover Lite with Swarovski’ di kedai Xiaomi yang diiktiraf di seluruh negara. 

Terdapat dua pilihan varian iaitu 8GB + 128GB dengan harga RM1,399 dan 8GB + 256GB berharga RM1,599 hadir dalam empat set reka bentuk iaitu Truffle Black, Bubblegum Blue, Peach Pink dan Snowflake White. 

Spesifikasi teknologi edisi terhad ini hampir sama dengan model sebelumnya. Ia menggunakan cipset Snapdragon 778G, skrin AMOLED Dot 6.55 inci dengan sokongan TrueColor 10-bit dan Dolby Vision. 

Tiga kamera belakang dengan konfigurasi 64MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 5MP (telemakro). Ia menggunakan bateri 4259mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version