Site icon TechNave BM

Xiaomi 11 Lite 5G NE dilancar di Malaysia: Rekaan nipis, AMOLED 90Hz, SD 778G bermula RM1,199

Selain melancarkan siri Xiaomi 11T pada hari ini, Xiaomi Malaysia turut memperkenalkan varian terbaru dalam siri Xiaomi Lite iaitu Xiaomi 11 Lite 5G New Edition (NE). Telefon ini mempunyai rekaan nipis 6.81mm dan ringan 158 gram sahaja, membuatkannya peranti yang sesuai untuk mereka yang inginkan bentuk peranti ringkas.

Permukaan belakangnya pula mempunyai corak berkilauan yang ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu hitam Truffle Black, biru Bubblegum Blue, merah jambu Peach Pink dan putih Snowflake White. Ia dilengkapi spesifikasi menarik seperti skrin AMOLED berukuran 6.55 inci, tiga kamera, dan cipset Snapdragon 778G 5G.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Xiaomi 11 Lite 5G NE:

Telefon ini akan mula dijual pada 24 September 2021 di Lazada, Shopee, Authorised Mi Store dan lain-lain pengedar Xiaomi sah. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xiaomi 11 Lite 5G NE dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version