Site icon TechNave BM

Xiaomi 11 Lite 5G NE dilancar: Rekaan nipis, skrin AMOLED 6.55″ 90Hz, SD 778G bermula ~RM1,820

Selain melancarkan siri Xiaomi 11T pada hari ini, Xiaomi turut memperkenalkan varian terbaru dalam siri Lite iaitu Xiaomi 11 Lite 5G New Edition (NE). Telefon ini mempunyai rekaan nipis 6.81mm dan ringan 158 gram sahaja, membuatkannya peranti yang sesuai untuk mereka yang inginkan bentuk ringkas.

Permukaan belakangnya pula mempunyai corak berkilauan yang ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu hitam Truffle Black, biru Bubblegum Blue, merah jambu Peach Pink dan putih Snowflake White. Ia dilengkapi spesifikasi menarik seperti skrin AMOLED berukuran 6.55 inci, tiga kamera, dan cipset Snapdragon 778G 5G.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Xiaomi 11 Lite 5G NE:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xiaomi 11 Lite 5G NE dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version