Site icon TechNave BM

Xiaomi 11 Lite 5G NE mungkin akan dilancar pada 15 September 2021

Pada minggu lepas, sebuah telefon pintar bernama Xiaomi 11 Lite 5G New Edition (NE) dilaporkan telah pun mendapat pengiktirafan pihak berkuasa Thailand. Kini, Xiaomi telah mengumumkan tarikh untuk sebuah acara pelancaran pada bulan ini di mana mereka mungkin akan melancarkan telefon tersebut.

Dalam sebuah poster untuk acara yang akan berlangsung pada 15 September 2021 jam 8:00 malam waktu Malaysia, Xiaomi menulis “A New Lite is Coming” yang mungkin merujuk kepada varian baru untuk Mi 11 Lite 5G. Untuk maklumat, Mi 11 Lite 5G telah pun dilancar untuk pasaran Malaysia pada Mac lalu.

Setakat ini, spesifikasi yang dikhabarkan untuk Xiaomi 11 Lite 5G NE adalah cipset Snapdragon 780G, skrin OLED Full HD+ 90Hz, bateri 4,250mAh, pengecasan pantas 33W kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 5MP dan kamera swafoto 16MP.

Telefon ini dijangka akan dilancar bersama telefon pintar Xiaomi 11T dan tablet Xiaomi Pad 5. Berithau kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version