Site icon TechNave BM

Xiaomi 11 Lite 5G NE dapat pensijilan NTBC Thailand, mungkin dilancar kelak

Pada awal tahun ini, Xiaomi melancarkan empat model dalam siri Mi 11 iaitu, Mi 11, Mi 11 Lite (Mi 11 Youth Edition di China), Mi 11 Pro, dan Mi 11 Ultra. Xiaomi akan segera memperluaskan siri Mi 11 dengan penambahan model nipis dan ringan seperti Xiaomi 11 Lite 5G NE di samping Mi 11T.

Xiaomi 11 Lite 5G NE kini telah memperoleh pensijilan NBTC di Thailand yang bermaksud syarikat China berkemungkinan akan melancarkan telefon pintar di sana tidak lama lagi. Tidak sukar untuk dilihat dari segi penamaan kerana Xiaomi 11 Lite 5G NE adalah satu varian daripada Xiaomi 11 Lite yang mungkin mengekalkan binaan yang ringan dan nipis.

Dari segi spesifikasi, Xiaomi 11 Lite 5G NE menggunakan skrin penuh OLED kadar 90Hz, dilengkapi dengan pemproses siri Qualcomm Snapdragon 7 (mungkin Snapdragon 780G, atau cip Snapdragon 778G). Model Xiaomi yang dilengkapi dengan cip Snapdragon 778G baru-baru ini telah mendapat kelulusan dari Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China (MIIT). Telefon ini mungkin merupakan produk terbaru dalam siri Xiaomi CC di China, di mana model luar negara untuk telefon itu adalah XIaomi 11 Lite 5G NE..

Kongsi komen anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version