Site icon TechNave BM

Xiaomi 11i HyperCharge 5G akan dilancar pada Januari 2022, dilengkapi cas pantas 120W

Selain melancarkan siri telefon pintar Xiaomi 12 pada akhir bulan ini, syarikat teknologi China itu nampaknya bakal melancarkan sebuah lagi telefon pada awal tahun 2022 iaitu Xiaomi 11i HyperCharge 5G. Ia bakal dilancar pada hari Khamis, 6 Januari 2022 di India.

Pengurus Pemasaran Xiaomi India, Sandeep Sarma, telah pun berkongsi beberapa maklumat rasmi tentang telefon tersebut iaitu ia akan dilengkapi pengecasan pantas Hypercharge 120W. Xiaomi mengatakan pengecasn tersebut boleh mengecas penuh baterinya dalam masa 15 minit sahaja.

Selain itu, ia akan turut dilengkapi skrin AMOLED Full HD+ dengan kecerahan 1,200 nits dan kadar segar semula 120Hz. Beliau turut berkongsi sebuah poster yang menunjukkan rupa skrin Xiaomi 11i HyperCharge, di mana ia dilengkapi sempadan bezel nipis serta kamera swafoto di bahagian atas tengah.

Beberapa maklumat tentang telefon itu juga sudah dikongsi dalam laman web e-dagang Flipkart dan mereka akan terus berkongsi maklumat baru dalam hari menjelang pelancarannya. Ia dikhabarkan akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 920, bateri 4,500mAh, RAM 8GB, storan 128GB dan kamera 108MP+8MP+2MP.

Nampaknya Xiaomi masih belum mengabaikan siri Mi 11 walaupun Xiaomi 12 akan muncul dalam masa terdekat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xiaomi 11i HyperCharge dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version