Site icon TechNave BM

Xiaomi 12, 12X dan 12 Pro disahkan tarikh pelancarannya

Beberapa laporan telah mendakwa Xiaomi akan mengumumkan siri Xiaomi 12 menjelang akhir bulan ini di China. Beberapa sumber telah tertiris dan mendakwa bahawa barisan Xiaomi 12 akan membuat kemunculan pada 28 Disember. Hari ini, syarikat itu mengesahkan bahawa ia akan mengadakan acara pelancaran pada tarikh tersebut untuk mengumumkan siri Xiaomi 12 terbaharu.

Poster yang dikeluarkan oleh Xiaomi itu menunjukkan pelari pecut China iaitu Su Bingtian beserta tarikh pelancaran siri Xiaomi 12. Walaupun poster itu tidak mengesahkan bilangan peranti yang akan diumumkan pada 28 Disember, eksekutif Xiaomi melalui Weibo memberi petunjuk bahawa syarikat itu akan diumumkan sekurang-kurangnya tiga model Xiaomi 12.

Melalui tangkapan skrin yang dibuat sebelum ini, Lei Jun yang merupakan pengasas Xiaomi, Wang Teng Thomas yang merupakan Pengurus Besar Xiaomi dan Lu Weibing yang merupakan Presiden Kumpulan Xiaomi telah menggunakan telefon pintar Xiaomi 12, Xiaomi 12X dan Xiaomi 12 Pro untuk mengirim kiriman di Weibo.

Telefon Xiaomi dengan nombor model 2201123C, 2112123AC dan 2201122C dijangka akan dilancarkan di pasaran China menggunakan nama Xiaomi 12, Xiaomi 12X dan Xiaomi 12 Pro. Ketiga-tiga telefon telah disahkan oleh pensijilan 3C dan TENAA China. 12 dan 12X dijangka menyokong pengecasan pantas 67W manakala varian Pro mungkin menawarkan pengecasan pantas 120W.

Xiaomi 12 dan 12 Pro berkemungkinan menampilkan Snapdragon 8 Gen 1 dan Snapdragon 870 pada 12X. Xiaomi 12 Ultra mungkin akan diumumkan pada suku pertama 2022. Siri Xiaomi 12 akan menggunakan Android 12 dan paparan antara muka MIUI 13.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki Xiaomi 12 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version