Site icon TechNave BM

Xiaomi 12 5G kini RM300 lebih murah di Malaysia dengan pembelian di kedai fizikal Xiaomi

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan promosi istimewa untuk Xiaomi 12 5G pada harga diskaun RM2,699 (RRP RM2,999). Di halaman Facebook rasminya, syarikat tersebut menyatakan dasar siapa cepat dia dapat, sementara stok masih ada dengan terma dan syarat.

Xiaomi 12 5G merupakan telefon pintar Android yang dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1, RAM 8GB dan storan 256GB. Selain itu, ia turut memaparkan panel AMOLED 6.28 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz, resolusi 1080 x 2400 piksel, sokongan Dolby Vision dan HDR10+.

Daripada segi kamera, Xiaomi mendakwa peranti tersebut mampu menawarkan pengalaman sinematik menggunakan kamera utama 50MP + ultra lebar 13MP + telefoto/ makro 5MP telefoto. Bahagian hadapannya pula terdapat kamera swafoto 32MP.

Ketahui tlebih lanjut tentang Xiaomi 12 5G dan dapatkan peranti dengan harga diskaun di kedai Xiaomi terdekat anda. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version