Site icon TechNave BM

Xiaomi 12 Lite dapat pensijilan EEC, mungkin menjadi peranti keempat siri Xiaomi 12

Siri Xiaomi 12 yang kini heboh dengan pelancaran dan beberapa pendedahan telah mendapat pensijilan baharu yang mengatakan syarikat itu mungkin sedang membangunkan peranti keempat iaitu Xiaomi 12 Lite. Sebelum ini, syarikat itu telah melancarkan tiga telefon siri Xiaomi 12 iaitu Xiaomi 12, Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12X.

Menurut xiaomiui.net, telefon pintar ini memperoleh pensijilan EEC bernombor modelkan 2203129G. Ia mungkin akan menjadi telefon pintar kelas pertengahan dengan nama Xiaomi 12 Lite yang merupakan varian yang dimiliki oleh kedua-dua Mi 10 dan Mi 11. Ia juga dikatakan bahawa Xiaomi 12 Lite akan mengekalkan reka bentuk yang nipis dan ringan.

Selain Xiaomi 12 Lite, Xiaomi juga boleh melancarkan varian “Zoom” dengan Snapdragon 778G, paparan resolusi 1080P dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Kami menjangka Xiaomi akan meneruskan perkembangan telefon pintar keempat dan siri andalannya dalam beberapa bulan akan datang.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version