Site icon TechNave BM

Xiaomi 12 Lite dilancar di Malaysia: Kamera 108MP, 2 lampu swafoto, cas pantas 67W bermula RM1,599

Xiaomi Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaharu dalam siri Xiaomi 12 iaitu Xiaomi 12 Lite. Telefon ini menampilkan rekaan yang paling ringan dalam siri Xiaomi 12 dan mempunyai spesifikasi kelas pertengahan.

Telefon ini mempunyai berat 173 gram dan ketebalan 7.29mm sahaja, menjadikannya telefon paling ringan dan nipis dalam siri Xiaomi 12. Ia ditawarkan dalam warna hijau Lite Green, merah jambu Lite Pink dan hitam.

Satu ciri menarik pada telefon ini adalah kamera utamanya yang mempunyai sensor HM2 108MP untuk butirang yang lebih tinggi dalam gambar. Kamera ini turut menyokong penjejakan mata (eye tracking) dan motion capture.

Selain itu, di hadapan pula ia mempunyai kamera swafoto 32MP dengan sensor GD2 dan dua lampu LED lembut (soft LED) untuk menghasilkan cahaya yang lebih natural pada muka pengguna. Telefon ini turut mempunyai beberapa fungsi khas untuk menyunting gambar dan video, seperti Magic Cutout, One-Click AI Cinema dan Vlog Mode.

2 lampu LED di sebelah kamera swafoto

Di samping kamera menarik, telefon ini mempunyai pengecasan pantas 67W yang boleh mengecas penuh baterinya dalam masa 41 minit sahaja. Ia juga dilengkapi cipset Snapdragon 778G 5G yang menyediakan prestasi seimbang untuk kegunaan harian dan penggunaan tenaga yang lebih cekap.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Xiaomi 12 Lite:

Pra-tempahan untuk Xiaomi 12 Lite akan berlangsung pada 19 hingga 26 Ogos 2022, di mana ia akan dijual dengan potongan diskaun sebanyak RM100. Selepas tempoh itu, ia akan dijual pada harga pasaran.

Pelanggan yang membuat pra-tempahan akan menerima hadiah bernilai RM299, termasuklah Mi Body Composition Scale 2, Xiaomi Shoulder Bag dan Xiaomi Sports Water Bottle. Jika anda membeli di Lazada atau Shopee, anda akan menerima fon telinga wayarles Redmi Buds 3 Lite (bernilai RM99).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version