Site icon TechNave BM

Xiaomi 12 Lite mungkin akan dilancar pada 13 Julai 2022

Selepas melancarkan siri Xiaomi 12S pada minggu ini, kini syarikat teknologi China itu mungkin akan melancarkan Xiaomi 12 Lite sebagai telefon pintar seterusnya.

Menurut pengkhabar berita teknologi Paras Guglani, Xiaomi 12 Lite akan dilancar untuk pasaran antarabangsa pada hari Rabu, 13 Julai 2022. Selain itu, telefon itu akan turut disertai oleh pelancaran untuk gelang tangan pintar Mi Band 7.

Xiaomi 12 Lite mungkin akan dilengkapi skrin OLED berukuran 6.55 inci dengan kadar segar semula 120Hz, cipset Snapdragon 778G, RAM 8GB, storan dalaman 128GB, bateri 4,300mAh, pengecasan pantas 67W dan MIUI 13 berdasarkan Android 12. Untuk fotografi pula, ia mempunyai tiga kamera di belakang termasuk kamera utama 108MP serta kamera swafoto 32MP.

Sebelum ini, Xiaomi 11 Lite menampilkan rekaan yang paling nipis dalam kalangan siri Xiaomi 11 dan mempunyai permukaan belakang yang berkilauan. Ia ditujukan kepada mereka mengutamakan gaya dalam telefon mereka.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xiaomi 12 Lite dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version