Site icon TechNave BM

Xiaomi 12 mungkin hadir dengan kamera 50MP dan pengecasan 100W

Snapdragon 888 telah diperkenalkan di Snapdragon Tech Summit 2020 pada tahun lalu dan kini penggantinya bakal tiba pada 30 November ini. Tahun lepas Xiaomi adalah antara syarikat yang pertama mengumumkan telefon dikuasakan oleh cipset Snapdragon 888 dan tahun ini ia dijangka melakukan perkara yang sama.

Xiaomi 12 dijangka menjadi telefon Snapdragon 898 pertama yang akan dilancarkan sebelum akhir tahun ini. Menurut sumber, varian paling rendah akan menyokong pengecasan pantas 100W dan bukan 120W seperti yang kita lihat pada Mi 10 Ultra dan Mi 11T Pro.

Walau bagaimanapun, varian Ultra memiliki kanta periskop dan kamera ultra lebar berkualiti tinggi berbanding varian terendah. Ia akan mempunyai penambahbaikan pada kameranya berdasarkan sensor 50 MP dan bukannya sensor 108MP.

Kapasiti baterinya mungkin besar dan dipadankan dengan reka bentuk badan yang nipis. Xioami 12 juga akan mempunyai nisbah skrin-ke-badan yang tinggi dan lubang tebuk (punch hole) yang lebih kecil untuk kamera swafoto.

Bagi model Xiaomi 12 Pro, DCS (Digital Competency Score) sebelum ini mengatakan bahawa ianya hadir degan tiga kamera yang mana kamera utamanya 50MP + ultra-lebar + tele. Namun, berita ini didedahkan pada bulan Ogos lalu. Maka, kami tidak tahu sama ada rancangan itu benar atau sekadar khabar angin.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version