Site icon TechNave BM

Xiaomi 12 mungkin hadir dengan kamera 50MP terbaik dalam sejarah Xiaomi

Xiaomi bakal mengeluarkan telefon pintar siri Xiaomi 12 yang bakal tiba pada pertengahan Disember ini. @DCS melalui Weibo mendedahkan dua telefon andalan yang mungkin hadir dengan tiga kamera iaitu kamera utama 50MP + ultra-lebar 50MP + telefoto 50MP. Ia turut digelar generasi baru “Android Light”.

Reka bentuknya merupakan hiperboloid yang lebih ringkas dan kemas. Lengkungnya lebih kecil begitu juga dengan permukaan mikro lengkung. Bezel nipis di setiap penjuru telefon meningkatkan nisbah skrin-ke-badan dan diakhiri dengan punch-hole di bahagian atas tengah untuk kamera swafotonya.

Selain itu, Xiaomi 12 disalut seramik yang amat menarik perhatian. Terdapat juga laporan mengatakan bahawa kamera utama 50MP akan tersedia dengan lensa ultra-lebar yang menyokong gerakan super perlahan 1920fps. 

Telefon pintar ini akan dilengkapi oleh Qualcomm Snapdragon 898 SoC dan skrin adaptif LTPO yang boleh dilaraskan antara 1 – 120Hz atau penetapan secara automatik. Ia mengikut aktiviti yang dilakukan oleh pengguna seperti bermain games akan meningkat ke 120Hz manakala ketika membuka aplikasi sosial yang lain akan disesuaikan dengan kadar penyegaran tertentu.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version