Site icon TechNave BM

Xiaomi 12 mungkin miliki skrin OLED FHD+, kamera 50MP dan pengecasan pantas 100W

Siri Xiaomi 12 yang sepatutnya dilancarkan sebelum akhir tahun ini telah mengubah reka bentuk kameranya dan membawa penembak (shooter) utama 50MP seperti yang dikatakan dalam dua siaran Weibo yang berasingan.

Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, Xiaomi akan membawa semula skrin FHD+ yang merupakan penurunan taraf daripada panel 1440p dalam siri Mi 11, namun ia mungkin dikhaskan untuk Xiaomi 12 versi standard. Reka bentuknya kekal dengan sedikit lengkungan di tepi dan satu lubang tebuk (punch-hole) di sudut kiri atas.

Telefon pintar ini menggunakan penyelesaian pengecasan pantas yang sama, hanya pada kali ini, ia menyokong sehingga 100W seperti dalam siri Xiaomi 11T. Pengimbas cap jari optik di bawah paparan OLED akan dipertingkatkan dan mungkin mempunyai fungsi yang lebih besar.

Tidak dilupakan bahawa acara Qualcomm dalam masa seminggu lagi dengan pendedahan cipset terbarunya. Xiaomi akan mula mendedahkan lebih banyak butiran tentang siri andalannya yang akan datang.

Beri pendapat anda di Facebook kami mengenai peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo 1/ 2

Exit mobile version