Site icon TechNave BM

Xiaomi 12 Pro bakal dilancar: Kadar penyegaran semula 120Hz pada 28 Disember

Siri Xiaomi 12 merupakan telefon andalan Xiaomi yang bakal dilancarkan pada 28 Disember 2021. Kini, beberapa butiran bagi varian Xiaomi 12 Pro telah didedahkan oleh Xiaomi. 

Menurut catatan di Weibo, Xiaomi 12 Pro akan menjadi telefon yang pertama menampilkan paparan OLED LTPO (suhu rendah polihabluran oksida) generasi kedua. Ia menggunakan panel E5 Samsung yang menawarkan liputan warna sehingga 112% DCI-P3 dan kecerahan skrin sehingga 980nits.

Selain itu, paparan baharu yang digunakan meyokong kadar penyegaran semula antara 10 hingga 120Hz. Ini membantu mengurangkan penggunaan kuasa seperti 1Hz untuk e-buku, 10Hz untuk halaman statik, 90Hz untuk permainan mudah alih dan banyak lagi. Kadar penyegaran skrin akan berubah mengikut kelajuan anda menatal.

Kami masih tidak pasti mengenai prestasi telefon. Tetapi secara keseluruhan, kami menjangkakan Xiaomi 12 Pro adalah lebih cekap kuasa berbanding telefon sebelumnya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version