Site icon TechNave BM

Xiaomi 12 Pro bakal jadi telefon pintar pertama dengan sensor Sony IMX707

Xiaomi bakal melancarkan siri telefon pintar andalan Xiaomi 12 tidak lama lagi dan syarikat itu telah berkongsi beberapa maklumat tentangnya seperti saiz reka bentuk dan skrin. Kini, Xiaomi berkongsi maklumat tentang spesifikasi kameranya pula.

Xiaomi 12 akan dilengkapi sensor kamera Sony IMX766 yang banyak terdapat dalam telefon andalan pada tahun ini, manakala Xiaomi 12 Pro akan jadi telefon pertama yang dilengkapi sensor tebaharu daripada Sony iaitu Sony IMX707.

Sensor Sony IMX707 mempunyai resolusi 50MP, saiz sensor 1/1.28 inci, saiz piksel 1.22 mikrometer (μm), saiz piksel gabungan 2.44μm dan boleh menangkap cahaya lebih banyak sebanyak 49% berbanding sensor sebelum ini. Saiz sensor itu juga lebih besar berbanding sensor iPhone 13 Pro Max yang berukuran 1/1.65 inci, membuatkannya boleh menangkap lebih banyak cahaya berbanding kamera iPhone.

CEO Xiaomi, Lei Jun, turut berkongsi beberapa contoh gambar yang diambil dengan Xiaomi 12 Pro dalam waktu malam. Ia menunjukkan kawalan cahaya yang lebih seimbang serta warna yang lebih natural.

Gambar Night Mode untuk Xiaomi 12 Pro
Perbandingan saiz sensor kamera Xiaomi 12 dengan iPhone 13

Siri Xiaomi 12 akan dilancar pada 28 Disember 2021. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version