Selepas membuang ‘Mi’ dalam nama model telefonnya, Xiaomi sedang dalam proses membangunkan sebuah lagi telefon pintar segmen andalan baharu yang mempunyai kamera 200MP iaitu Xiaomi 12 Ultra.
Menurut sumber, telefon ini dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan. Namun, belum ada maklumat rasmi tentang pelancarannya. Xiaomi 12 dijangka hadir dengan tiga varian dan varian Ultra akan dilengkapi dengan kamera utama 200MP.
Selain daripada kamera 200MP, telefon ini berkemungkinan mempunyai kamera periskop 5x dan ultra-lebar berkualiti tinggi. Ia juga mungkin dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 898.
Adakah anda berminat dengan Xiaomi 12 Ultra ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: AndroidHeadlines

