Site icon TechNave BM

Xiaomi 12S muncul dalam senarai Geekbench, mungkin miliki SD 8+ Gen 1 dan RAM 12GB

Sebelum ini, Xiaomi 12S dikatakan mungkin membawa kamera jenama Leica. Kemudian, peranti ini dilihat dalam penyenaraian Geekbench dengan membawa nombor model 2206123SC yang sama dalam pensijilan 3C. 

Geekebench mendedahkan telefon itu sedang dibangunkan bersama cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan RAM 12GB. Ia mungkin menggunakan perisian MIUI 13 berdasarkan Android 12.

Dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan RAM 12GB, 12S berjaya mencapai 1,328 mata teras tunggal dan skor berbilang teras 4,234. Dalam pensijilan 3C pada awal bulan ini mendedahkan peranti itu turut disertakan dengan pengecasan pantas 67W. 

Xiaomi 12S dikhabarkan akan membawakan paparan OLED dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kamera utama 50MP jenama Leica. Ia akan disertai oleh model Xiaomi 12S Pro yang akan tiba dalam dua varian cipset iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 dan Dimensity 9000.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version