Site icon TechNave BM

Xiaomi 12S Pro muncul pada pensijilan 3C, mungkin miliki cipset Snapdragon 8+ Gen 1

Xiaomi sedang membangunkan siri Xiaomi 12S iaitu Xiaomi 12S dan Xiaomi 12S Pro. Terdapat spekulasi bahawa model Pro akan mempunyai varian cipset Snapdragon dan Dimensity. Ia telahpun muncul dalam data pensijilan 3C China, di mana peranti itu akan membawa cipset Snapdragon 8+ Plus Gen 1 bagi varian Xiaomi 12S Pro.

Penyenaraian mendedahkan bahawa peranti mungkin membawa pengecas bernombor model MDY-12-ED yang menyokong pengecasan pantas 120W. Khabar angin mendakwa peranti 2206122SC mungkin muncul di pasaran sebagai Xiaomi 12S Pro.

Pada minggu lepas, telefon Xiaomi bernombor model 2207122MC muncul dengan pengecas 67W pada pensijilan 3C. Beberapa jangkaan mengatakan bahawa model 2207122MC merupakan varian Dimensity 9000 bagi Xiaomi 12S Pro.

Xiaomi 12S Pro dijangka menampilkan panel OLED tepi melengkung yang menyokong resolusi Quad HD+ dan kadar penyegaran 120Hz. Ia mungkin menampilkan kamera hadapan 32MP dan tri-kamera 50MP di bahagian belakang.

12S Pro mungkin dilengkapi dengan bateri 4,500mAh, OS Android 12 dan MIUI 13. Model standard siri Xiaomi 12S dikhabarkan akan dilancarkan bersama model Pro. 12S boleh menjadi telefon andalan yang menampilkan panel OLED tepi melengkung yang menawarkan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran 120Hz.

Selain itu, Xiaomi juga dikatakan sedang membangunkan telefon andalan premium iaitu Xiaomi 12 Ultra yang mungkin dilancarkan pada bulan Julai di China. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version