Site icon TechNave BM

Xiaomi 12T dalam penyenaraian FCC, dedahkan varian dan ciri sambungan peranti

Peranti Xiaomi dengan nombor model 22071212AG telah disahkan oleh Federal Communications Commission (FCC) di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan butiran varian dan ciri sambungannya. Ia dijangka akan dilancarkan pada akhir suku ketiga atau awal suku keempat tahun ini dengan nama Xiaomi 12T.

Sebelum ini, laporan mangatakan Xiaomi sedang membangunkan dua peranti dengan nama kod “plato” dan “mayfly”. Peranti ini mempunyai nombor model 22071212AC/G dan 22081212C/G di mana huruf “C” adalah versi China manakala “G” menunjukkan versi global. Nombor model yang dipendekkan bagi peranti ini adalah L12 dan L12A.

L12 atau mayfly mungkin akan dilancarkan sebagai Redmi K50S Pro di China tetapi membawa nama Xiaomi 12T Pro untuk pasaran global. Peranti ini mempunyai dua lagi varian dengan nombor model 22081212UG yang mungkin dipanggil Xiaomi 12T Pro Hypercharge dan 22081212R sebagai Xiaomi 12T Pro.

L12A (plato) pula dijangka akan dilancarkan dengan nama Redmi K50S di China dan Xiaomi 12T untuk pasaran global. Seperti yang dinyatakan di atas, ia telahpun menerima pensijilan FCC mendedahkan ciri sambungan yang ditawarkan oleh peranti seperti Wi-Fi 802.11ax, 5G (7 jalur), Bluetooth, GPS dan IR blaster. Ia akan hadir dalam konfigurasi RAM 8GB + storan 128GB dan RAM 8GB + storan 256GB.

Berkemungkinan besar, Xiaomi 12T Pro akan menampilkan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 manakala 12T dilengkapi dengan cipset Dimensity. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version