Site icon TechNave BM

Xiaomi 12T dapat pengiktirafan SIRIM, mungkin dilancar dalam masa terdekat

Selepas Xiaomi Malaysia melancarkan Xiaomi 12 Lite pada minggu lepas, kini syarikat itu mungkin akan melancarkan varian baharu dalam barisan produk Xiaomi 12 iaitu Xiaomi 12T.

Terbaru, dua peranti Xiaomi yang bernama Xiaomi 12T dan Xiaomi 12T Pro telah pun dikesan dalam data Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) sejak bulan Julai lalu. Ini mungkin bermakna dua produk ini telah pun mendapat pengiktirafan SIRIM dan akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi.

Maklumat rasmi mengenai siri Xiaomi 12T masih belum diumumkan, namun khabar mengatakan ia adalah telefon Redmi K50 Ultra yang dijenamakan semula untuk pasaran Malaysia. Jika benar, telefon itu akan mempunyai cipset Snapdragon 8+ Gen 1, skrin AMOLED dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz, pengecasan pantas 120W dan kamera utama 108MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Amanz

Exit mobile version