Site icon TechNave BM

Xiaomi 12T Pro kini tersedia bersama pelan pascabayar Digi dan Maxis bermula RM38/bulan

Hari ini, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan pelan peranti baharunya dengan Digi dan Maxis. Pengguna yang berminat boleh membeli Xiaomi 12T Pro (12GB+256GB) pada harga serendah RM38/bulan untuk telko Digi dan RM40/bulan untuk telko Maxis.

Tersedia untuk pelan PhoneFreedom 365 Digi 36 bulan, setiap pembelian Xiaomi 12T Pro bakal mendapatkan Xiaomi Smart Band 7 Pro dan Redmi Buds 3 Pro secara percuma dengan jumlah keseluruhan bernilai RM538 sementara stok masih ada. Maxis juga menawarkan pelan 36 bulan dengan tiada bayaran pendahuluan dan kadar faedah 0% tanpa kad kredit.

Di bawah ialah pelan peranti daripada Digi dan Maxis:

Digi

Pelan36 Bulan24 Bulan
Digi Postpaid 150RM38 (Digi PhoneFreedom 365)RM68 (Digi PhoneFreedom 365)
Digi Postpaid 120RM48 (Digi PhoneFreedom 365)
RM78 (Digi PhoneFreedom 365)
Digi Postpaid 90RM61 (Digi PhoneFreedom 365)RM92 (Digi PhoneFreedom 365)

Maxis

Pelan36 Bulan24 Bulan
Maxis Postpaid 188RM40 (Maxis Zerolution)RM62 (Maxis Zerolution)
Maxis Postpaid 158RM55 (Maxis Zerolution)RM89 (Maxis Zerolution)
Maxis Postpaid 128RM65 (Maxis Zerolution)
Maxis Postpaid 98RM80 (Maxis Zerolution)RM119 (Maxis Zerolution)
Maxis Postpaid Share 48RM83 (Maxis Zerolution)RM124 (Maxis Zerolution)

Untuk maklumat lanjut, sila lawati kedai dalam talian Maxis dan kedai dalam talian Digi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version