Site icon TechNave BM

Xiaomi 12T Pro muncul telefon pintar pertama sokong eSIM di seluruh dunia

Dengan fungsi eSIM yang semakin popular hari ini, pengilang akan menggantikan kad SIM fizikal dengan kad SIM elektronik tidak lama lagi. Walaupun sekarang kebanyakan telefon pintar tidak menyokong eSIM, tetapi ia akan berubah dan barisan telefon pintar Xiaomi tidak terkecuali daripadanya.

Xiaomi 12T Pro terbaharu merupakan telefon pintar pertama sokong eSim di seluruh dunia. Xiaomi 12T Pro telah diperkenalkan di pasaran global pada 4 Oktober dan ia merupakan telefon pintar pertama syarikat yang dilancarkan secara global untuk menawarkan fungsi eSim.

Walau bagaimanapun, ia disokong oleh bilangan rangkaian yang terhad dan ketersediaan mungkin berbeza-beza bergantung pada negara dan telko. Perlu diingat bahawa 12T Pro telah dilancarkan dalam dua konfigurasi kad sim iaitu SIM nano + eSIM dan SIM nano + SIM nano.

Pada masa ini, pengguna yang tinggal di negara seperti Jerman, Itali, Perancis, Jepun dan Malaysia boleh menggunakan eSim. Anda boleh menyemak senarai penuh negara/rantau dan pembawa dengan sokongan eSIM di sini. Dilaporkan bahawa Xiaomi 12 Lite NE yang akan datang juga akan menyokong ciri ini.

Untuk lihat spesifikasi penuh Xiaomi 12T Pro, anda boleh klik di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version