Site icon TechNave BM

Xiaomi 12T Pro mungkin telefon yang dijenamakan semula daripada Redmi K50 Ultra

Pada bulan lalu, Xiaomi telah melancarkan siri telefon pintar Xiaomi 12s sebagai varian terbaharu dalam barisan peranti Xiaomi 12 dan kini syarikat China itu dilihat bakal melancarkan satu lagi siri baharu iaitu Xiaomi 12T. Walau bagaimanapun, telefon itu mungkin sekadar sebuah telefon yang telah dijenamakan semula.

Secara khususnya, Xiaomi 12T Pro mungkin adalah sebuah telefon yang dijenamakan semula daripada Redmi K50 Ultra. Menurut sumber, beliau telah mengesan telefon itu dalam senarai peranti baharu yang akan disokong oleh Google Play, di mana ia mempunyai nombor model 22081212 dan kod nama “diting”.

Berdasarkan dua maklumat tersebut, beliau menyimpulkan bahawa Xiaomi 12T Pro adalah sebuah Redmi K50 Ultra yang dijenamakan semula untuk pasaran antarabangsa.

Redmi K50 Ultra

Sebelum ini, Redmi K50 Ultra dilancar di China dan ia dilengkapi spesifikasi tercanggih pada waktu ini seperti cipset Snapdragon 8+ Gen 1, skrin AMOLED dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz, pengecasan pantas 120W dan kamera utama 108MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version