Site icon TechNave BM

Xiaomi 13 Lite muncul pada tapak IMEI, mungkin Xiaomi Civi 2 yang dijenamakan semula

Siri Xiaomi 13 sedang dalam penghasilan dan mungkin dilancarkan menjelang akhir tahun ini. Sementara kami menunggu pengesahan rasmi, penyenaraian pangkalan data IMEI mengesahkan kewujudan telefon pintar siri 13 baharu yang menggunakan nama Xiaomi 13 Lite.

Peranti ini dikhabarkan sebagai versi penjenamaan semula Xiaomi Civi 2 yang dilancarkan bulan lepas di China dan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1. Mengikut sumber, Xiaomi 13 Lite telah muncul di pangkalan data IMEI dengan nombor model 2210129SG. “G” pada penghujung nombor model bermakna peranti ini akan digunakan untuk pasaran global.

Selanjutnya, laporan itu mendakwa bahawa Xiaomi 13 Lite akan diperkenalkan sebagai versi penjenamaan semula Xiaomi Civi 2. Menariknya, nombor model telefon pintar itu betul-betul sama dengan Xiaomi 12 Lite 5G NE yang dikhabarkan. Ini bermakna kedua-dua peranti ini pada asasnya mungkin sama tetapi untuk pasaran yang berbeza.

Tambahan, Xiaomi juga masih cuba memikirkan nama mana yang lebih baik untuk peranti ini. Untuk pengetahuan, Xiaomi Civi ialah siri telefon pintar yang memfokuskan kepada pengguna wanita di China. Civi 2 dilengkapi paparan AMOLED melengkung 120Hz yang menghasilkan resolusi FHD+ dan mempunyai potongan berbentuk pil untuk kamera swafoto.

Ia dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 yang dipasangkan dengan RAM LPDDR4X sehingga 12GB dan storan UFS 2.2 sehingga 256GB. Peranti ini mempunyai dua kamera 32MP di bahagian hadapan. Bahagian belakang pula terdapat tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama Sony IMX766 50MP, ultra lebar Sony IMX376K 20MP dan unit makro 2MP.

Ia mempunyai bateri 4,500mAh dan menyokong pengecasan berwayar pantas 67W. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version