Site icon TechNave BM

Xiaomi 13 Pro dalam pangkalan data SIRIM, bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi

Pada asalnya, siri Xiaomi 13 ditetapkan untuk dilancarkan di China pada Khamis lalu, 1 Disember tetapi ia telah ditangguhkan ke tarikh yang masih belum diumumkan. Sementara itu, terdapat maklumat mengenai keluaran global siri ini di mana Malaysia mungkin menjadi salah satu negara pertama yang akan dilancarkan di luar China. 

Maklumat ini didapati apabila Xiaomi 13 Pro dikesan dalam pangkalan data SIRIM (Standard and Industrial Research Institute of Malaysia) untuk mendapat pensijilan yang diperlukan bagi keluaran di Malaysia. Mukul Sharma di Twitter telah mendedahkan pensijilan SIRIM menunjukkan peranti itu sebagai nombor model 2210132G.

Jika dilihat pada artikel sebelum ini, penyenaraian itu juga mendedahkan bahawa Xiaomi Malaysia menerima kelulusan untuk telefon pintar itu pada Sabtu lepas, 2 Disember 2022 di mana penyenaraian tersebut akan tamat tempoh pada Disember 2027. 

Berdasarkan maklumat rasmi daripada Xiaomi, siri Xiaomi 13 akan menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, LPDDR5X RAM, storan UFS 4.0, panel OLED serta rating kalis air dan habuk IP68.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version