Site icon TechNave BM

Xiaomi 13 Pro menduduki tempat ke-16 dalam ujian kamera DXOMark

DXOMark adalah analisis kajian kamera yang menilai dengan teliti keupayaan kamera telefon pintar. Kini, keputusan ujian DXOMark untuk kamera Xiaomi 13 Pro telah keluar. Menurut ujian DXOMark, Xiaomi 13 Pro berada di kedudukan ke-16 keseluruhan dan ke-15 dalam kategori ultra-premium.

Tambahan, Xiaomi 13 Pro berada di kedudukan ke-17 daripad segi penanda aras paparan dan ke-15 daripada segi prestasi pembesar suara. Peranti ini menerima 132 daripada 152 mata. DXOMark menganugerahkan 118 mata untuk potret keluarga dan gambar kumpulan dan 100 mata untuk persembahan cahaya malap.

Namun, rakaman audio peranti sukar untuk menangkap momen dalam mod pemandangan bercahaya latar atau cahaya malap, gagal mendedahkan imej dengan betul dalam senario kontras tinggi dan tidak sesuai untuk merakam suara lantang seperti konsert. DXOMark juga menyatakan bahawa sukar untuk melihat paparan peranti di bahawa cahaya matahari.

Menurut DXOMark, HONOR Magic5 Pro kini merupakan telefon pintar berprestasi terbaik daripada segi kamera diikuti oleh HUAWEI Mate 50 Pro. Google Pixel 7 Pro menduduki tempat ketiga diikuti oleh Apple iPhone 14 Pro Max. Selain itu, Xiaomi 12S Ultra dan Xiaomi 13 Pro menunjukkan prestasi yang hampir sama dengan skor yang sama iaitu 136 mata dan menduduki tempat ke-16.

Adakah anda percaya penilaian DXOMark? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version