Site icon TechNave BM

Rekaan Xiaomi 13 Ultra dipertontonkan: Quad-kamera belakang dengan reka bentuk kulit berpigmen

Xiaomi 13 Ultra akan diumumkan tidak lama lagi tetapi sebelum ia dilancarkan, Xiaomi telah mendedahkan reka bentuk telefon itu dengan beberapa imej promosi. 

Seperti dalam laporan sebelum ini, ternyata Xiaomi 13 Ultra akan membawa kamera utama Sony IMX989 50MP dengan lensa Leica Summicro baharu. Ia mempunyai dua set saiz apertur, f/1.9 dan f/4.0. Selain itu, imej itu juga menunjukkan tiga lagi kamera iaitu lensa ultralebar, telefoto dan ultra-telefoto yang dikuasakan oleh IMX858.

Selain itu, dijangkakan bahawa Xiaomi 13 Ultra akan menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 2, RAM 16GB dan storan 1TB. Paparannya berukuran 6.7 inci dalam resolusi QHD+ dan menyokong kadar penyegaran semula 120Hz. Baterinya berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan 90W serta pengecasan wayarles 50W.

Perlu diingat juga bahawa reka bentuk Xiaomi 13 Ultra adalah dalam Olive Green dengan penutup belakang kulit berpigmen dan bahan promo menyatakan bahawa telefon mempunyai penarafan kalis air dan habuk IP68. 

Kawasan kamera belakang hampir mengambil separuh daripada telefon, dengan permukaan kulit. Akhir sekali, nampaknya akan ada aksesori pemegang kamera yang boleh dipasang pada telefon seperti yang dilihat di atas.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber:  Gizmochina

Exit mobile version