Site icon TechNave BM

Xiaomi 13 Ultra bakal dilancarkan untuk pasaran global pada bulan ini

Xiaomi 12S Ultra adalah telefon andalan dengan kamera terbaik apabila ia dilancarkan tetapi malangnya ia kekal hanya untuk pasaran China. Kini, terdapat berita baik kerana ini akan berubah dengan Xiaomi 13 Ultra bakal dilancarkan untuk pasaran global.

Halaman Xiaomi di Weibo dan Twitter rasmi Leica mengesahkan kehadiran telefon ini menurut kiriman yang telah dikongsikan. Ia akan mempunyai sistem kamera yang unik dan pertama di dunia dengan lensa Summicron baharu. Pada masa yang sama, telefon dengan nombor model 2304FPN6DG telah diluluskan oleh IMDA iaitu pengawal selia komunikasi Singapura.

Penyenaraian tersebut tidak mendedahkan apa-apa perkara penting selain telefon akan mempunyai sambungan 5G, Bluetooth, Wi-Fi dan NFC. Hakikat bahawa ia sedang disediakan untuk pelancaran antarabangsa adalah yang membuatkan kami teruja.

Kami menjangkakan Xiaomi akan mula mengacah lebih banyak telefon pada hari-hari mendatang termasuk pulau kamera besar yang dijangkakan yang sepatutnya lebih besar daripada 12S Ultra. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Leica

Exit mobile version