Site icon TechNave BM

Xiaomi 13 Ultra dapat pensijilan TENAA, mungkin dilancar bersama siri Xiaomi Pad 6 tidak lama lagi

Xiaomi baru-baru ini melancarkan telefon pintar terbaharunya, siri Xiaomi 13 di Malaysia dan di seluruh dunia. Kini, syarikat itu sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan satu lagi varian iaitu Xiaomi 13 Ultra di China. Ia telahpun mendapat pensijilan TENAA.

Sebelum ini, 13 Ultra telah diluluskan oleh pihak berkuasa 3C China dengan nama kod 2304FPN6DC mendedahkan bahawa peranti itu akan menggunakan pengecasan berwayar 90W. Selain itu, penyenaraian 3C juga menunjukkan Pad 6 dan Xiaomi Pad 6 Pro yang mungkin juga dilancarkan bersama.

Walaupun tiada spesifikasi lain didedahkan dalam penyenaraian TENAA, ia mengesahkan bahawa 13 Ultra hampir dilancarkan. Khabar angin mencadangkan bahawa peranti itu akan menampilkan paparan melengkung  E6 AMOLED 120Hz 6.73 inci dengan resolusi QHD+, cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dan sensor 50MP Sony IMX989 1 inci sebagai kamera utamanya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber:  Gizmochina

Exit mobile version