Site icon TechNave BM

Xiaomi 13 Ultra rasmi di Malaysia: Dilengkapi kuad-kamera 50MP Leica berharga RM5,199

Hari ini, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan ketersediaan Xiaomi 13 Ultra untuk pasaran tempatan. Tempahan akan bermula pada 23 Jun 2023 pada harga RM5,199 yang boleh dibeli di kedai sah Xiaomi dan peruncit rasmi lain di seluruh negara. Untuk pengetahuan, Xiaomi 13 Ultra telah dilancarkan di China pada April lalu dengan tiga varian.

Tersedia dalam warna hitam, putih dan Hijau Zaitun, pelanggan yang membuat tempahan boleh membawa pulang Set Pencetak Foto Segera Xiaomi 1S bernilai RM619 dengan storan awan 100GB di Google One selama 6 bulan. Selain itu, terdapat juga jaminan lanjutan 1+1 tahun pada peranti premium baharu ini.

Tawaran adalah terhad dan sementara stok masih ada. Hanya terdapat satu varian yang hadir dalam pasaran Malaysia iaitu model RAM 12GB dan storan 512GB. Selain itu, ia dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2, bateri 5,000mAh dengan pengecas turbo berwayar 90W, paparan WQHD+ 6.73 inci dengan Dolby Vision.

Xiaomi 13 Ultra juga mampu merakam video 4K pada 60fps. Xiaomi 13 Ultra merupakan telefon yang memiliki kamera tercanggih dalam barisannya dengan skehadiran empat kamera dengan kanta optik Leica.

Kameranya meliputi jarak fokus antara 12mm (sudut ultra lebar), 23mm (sudut lebar) dan 75mm (telefoto) kepada 120mm (super-telefoto) serta zum tambahan 46mm dan 240mm melalui In -Sensor-Zoom. Ia juga menampilkan sensor IMX989 1 inci ultra-besar dengan kanta optik Leica dan penukaran apertur antara ƒ/1.9 dan ƒ/4.0.

Spesifikasi lengkap Xiaomi 13 Ultra:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version